Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Wan Kuzri untuk projek masa depan Hobin Jang Hobin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Negeri Sembilan, Liga-M, Piala Malaysia

Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Nidzam Jamil, menjelaskan Wan Kuzri Wan Kamal merupakan prospek masa depan skuad Jang.

Wan Kuzri dikhabarkan sudah menjalani latihan bersama pasukan sejak dua minggu lalu dan bagi pengendali itu, pemain berusia 23 tahun itu memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan Liga Malaysia (Liga-M) dan mengesahkan pelan khusus terhadap pemain tengah tersebut.

Advertisement

"Dia ada sesuatu yang boleh ditawarkan dan kami ingin berkembang dengannya.

"Dia datang daripada (latar belakang) bola sepak yang berbeza.

"Pengurusan akan jelaskan perancangan ke atasnya untuk enam bulan akan datang," katanya selepas terikat tanpa jaringan dengan Imigresen dalam pertemuan pertama pusingan 16 Piala Malaysia, semalam.

Dalam pada itu, Nidzam juga berpendapat kehadiran pemain muda berdarah kacukan seperti Anuar Ceesay menjadi peluang besar buat Malaysia mendapatkan seorang lagi pemain warisan berkualiti.

Anuar pernah berkongsi bahawa dia mempunyai pertalian darah Malaysia dari neneknya yang berasal dari Hulu Langat, Selangor.

"Dia akui liga Super agak agresif. Dia cuba sesuaikan diri dengan taktikal.

"Kalau dia terus fokus, dia mampu menjadi pemain yang bagus.

"Kalau sebagai pemain tempatan (warisan pula), dia ada nilai untuk negara," kata Nidzam lagi. 
 

Must Watch Video