Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia FIFA: Bekas presiden Blatter seru boikot AS

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Piala Dunia FIFA

Bekas Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter, menyokong cadangan peminat untuk memboikot perlawanan Piala Dunia di Amerika Syarikat (AS) berikutan tindak-tanduk Presiden AS, Donald Trump, bai di dalam mahu pun luar negara.

Blatter merupakan tokoh terbaru yang mempersoalkan AS sebagai negara penganjur dengan menyeru usaha memboikot negara itu dalam catatannya di X bagi menyokong kenyataan yang dibuat Mark Pieth dalam satu temu bual bersama akhbar Switzerland, Der Bund, minggu lalu.

Advertisement

Pieth -- seorang peguam handalan Switzerland dalam soal jenayah kolar putih dan pakar anti-rasuah -- mempengerusikan pengawasan Jawatankuasa Tadbir Urus Bebas terhadap pembaharuan FIFA sedekad yang lalu yang pada ketika itu Blatter merupakan presiden badan induk dunia tersebut dari 1998 hingga 2015 sebelum meletak jawatan ekoran siasatan terhadap rasuah.

Dalam wawancara bersama Der Bund, Pieth berkata, "Jika kita mempertimbangkan segala yang telah dibincangkan, hanya ada satu nasihat buat peminat: Jauhi AS!

"Anda akan menonton temasya dengan lebih baik di TV. Dan sebaik sahaja tiba, peminat harus menjangkakan bahawa jika mereka tidak menggembirakan pegawai, mereka akan terus dimasukkan ke penerbangan, seterusnya pulang. Itu pun kalau mereka bernasib baik."

Dalam catatan di X, Blatter memetik Pietha dan menambah, "Saya fikir Mark Pieth tepat dalam mempersoalkan Piala Dunia ini."

AS akan menjadi tuan rumah Piala Dunia bersama Kanada dan Mexico bermula 12 Jun depan. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video