Skip to main content

Bola Jaring

CelcomDigi NSL Regional Cup: Terengganu Marvels, Johor Jewels kembali berentap dalam final

 Name CelcomDigi NSL Regional Cup

Dua finalis Netball Super League (NSL) musim ini, Terengganu Marvels dan Johor Jewels, akan kembali berentap dalam final CelcomDigi NSL Regional Cup di Stadium Juara Bukit Kiara malam esok.

Ini selepas dua pasukan pilihan itu menewaskan lawan masing-masing dalam aksi terakhir pusingan round-robin sebentar tadi, sekali gus muncul dua pasukan teratas.

Juara NSL, Marvels, mengekalkan rekod kebal apabila mencatatkan satu lagi kemenangan dengan menewaskan Sneakers Singapore 78-61.

Menyusul selepas itu, Johor Jewels mengesahkan kedudukan kedua dengan menewaskan KL Wildcats 66-45.

Marvels dan Jewels akan beraksi dalam penentuan kejuaraan esok tetapi sebelum itu, Wildcats dan pasukan jemputan, Sneakers, pula akan beraksi dalam penentuan tempat ketiga.

 

Must Watch Video