Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Slavko Vincic menggigil terima amanah kendali final

nnn

 

Tanggal 19 Julai 2026 akan menjadi tarikh keramat dalam kerjaya pengadilan Slavko Vinčić sebaik melangkah masuk ke Stadium New York, Jersey sebagai pengadil pertama dari Slovenia yang mengendalikan perlawanan akhir Piala Dunia.

Pengadil berusia 46 tahun dari Maribor, Slovenia itu merupakan salah seorang daripada 52 pengadil yang bertugas dalam penganjuran Piala Dunia 2026.

Dan menerima khabar gembira itu menerusi Ketua Pegawai Pengadil FIFA dan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FIFA, Perluigi Collina, Vincic tidak segan silu untuk berkongsi keterujaanya ketika ditemubual media antarabangsa.

Seluruh badannya menggigil.

Dia terkejut, tetapi pada masa sama, anggap ia satu penghargaan yang cukup besar dalam kerjayanya.

Sudah menjadi impian mana-mana pengadil muda untuk bertugas di Piala Dunia, apatah lagi mengadili aksi final yang mempertemukan pasukan sehebat, Argentina dan Sepanyol.

Pelantikan itu menjadikan Vincic pengadil ke-23 dalam sejarah yang mengadili perlawanan akhir Piala Dunia anjuran FIFA.

Lebih bermakna buat Vincic apabila dapat membawa nama Slovenia di perlawanan ke-104, aksi terpenting di Piala Dunia 2026, walaupun bukan sebagai pemain bola sepak.

Kesemua pegawai yang terlibat dalam Piala Dunia 2026, termasuk pengadil, datang dari 50 negara anggota FIFA, merentasi kesemua konfederasi benua, dengan lapan daripadanya mewakili Amerika Syarikat. Ini juga termasuk enam wanita, susulan langkah bersejarah FIFA memasukkan pengadil wanita pada edisi terakhir di Qatar.

Anda mungkin berminat dengan

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Related Topics

Must Watch Video