Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Bukan negara CONMEBOL, sebaliknya Bangladesh yang akan menjadi penyokong tegar Argentina

jjju

Sejak Piala Dunia 2026 bermula, sosial media dipenuhi dengan pelbagai kandungan yang tular berkaitan kejohanan bola sepak terulung dunia itu. Namun masyarakat di Bangladesh cukup menonjol dengan obsesi mereka kepada juara bertahan, Argentina atau lebih tepat G.O.A.T, Lionel Messi.

Menjadi lumrah kepada peminat sukan bola sepak di seluruh dunia untuk menyokong mana-mana pasukan kegemaran sekiranya negara kelahiran sendiri tidak bertanding di Piala Dunia. Namun sokongan yang diberikan jarang bersifat majoriti dan ini dilihat relevan, apatah lagi Piala Dunia 2026 mempunyai sehingga 48 negara bertanding.

Objektif mencari rezeki mungkin menyaksikan ramai warga Bangladesh berada di serata dunia termasuk Argentina atau pun Amerika Syarikat.

Bagi pertemuan Argentina dan Mesir sebelum ini, rakyat Bangladesh dilaporkan berhimpun di jalanan sekitar Jackson Heights, New York untuk sama-sama menyaksikan perlawanan itu dari skrin televisyen yang dipasang di kedai-kedai makan, siap mengenakan jersi Argentina, dan tidak lupa juga dikalangan mereka yang mencari rezeki menjual jersi belang biru-putih ikonik itu.

Rakyat Bangladesh yang tidak pernah ke luar negara juga cukup obses dengan Argentina.

Malah dalam beberapa video yang dikongsikan di sosial media, seorang pemuda Bangladesh akui tidak memiliki pasukan lain yang disokong di Piala Dunia selain Argentina.

Sebuah video yang dipercayai di Dhaka University pula memaparkan kira-kira 2,500 warga Bangladesh - bersorak, menyanyi dan menari, sambil mengibarkan bendera Argentina dalam lautan manusia yang lagaknya mungkin sama seperti warga Argentina meraikan kejayaan pasukan kesayangan di Buenos Aires.

Bagaimanapun obsesi ini bukanlah baharu dikalangan warga Bangladesh, baik yang berada di dalam negara atau pun yang sedang merantau. Ia sudah pun bermula sejak zaman kegemilangan the legendary, Diego Maradona yang turut membawa kejuaraan kedua buat Argentina pada 1986.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Related Topics

Must Watch Video