Lionel Messi menjadi pemain pertama gagal menjaringkan gol sepakan penalti dalam Piala Dunia 2026 ketika Argentina mendahului Austria 1-0 selepas separuh masa perlawanan Kumpulan J di Stadium Dallas ketika ini.
Argentina diberikan sepakan penalti seawal minit kelapan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mengesan kekasaran ke atas Lautaro Martinez.
Messi tampil mengambil sepakan itu tetapi tendangannya sekadar mencumbui tiang sebelah kanan.
Bagaimanapun, kapten Argentina itu menebus kesilapannya dengan merembat masuk bola hantaran Facundo Medina pada minit ke-38 untuk Argentina mendahului dengan kelebihan satu gol selepas 45 minit.
Jaringan itu juga memastikan Messi kini menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia dengan 17 gol, mengatasi rekod 16 gol yang dahulunya dipegang legenda Jerman, Miroslav Klose.