Perejam legenda dunia, Pornchai Kaokaew, difahamkan bakal diumumkan sebagai jurulatih baru skuad kebangsaan Thailand.
Menerusi wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, berkongsikan: "Perejam legenda dunia, Pornchai Kaokaew dijangka bakal diumumkan sebagai Ketua Jurulatih baru skuad Sepak Takraw Thailand pada Isnin." katanya.
Pornchai yang terkenal dengan gelaran “King of the Nets' itu mengumumkan persaraan pada tahun lalu.
🚨 TERKINI 🚨
Perejam legenda dunia, Pornchai Kaokaew dijangka bakal diumumkan sebagai Ketua Jurulatih baru skuad Sepak Takraw Thailand pada Isnin.@ASTROARENA— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) May 24, 2026
Perkara itu dilaporkan bakal diumumkan dalam masa terdekat.