Skip to main content

Bola Sepak

Pasukan dihukum AFC, jurulatih tegur; 'Takkan tiada seorang pun kata tunggu?'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

CAHN

Jurulatih Cong An Ha Noi (CAHN), Alexandre Polking, mengakui pasukannya wajar dipersalahkan atas kesilapan ralat pentadbiran yang menghapuskan kemenangan 4-0 minggu lalu ke atas Tampines Rovers dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), minggu lalu.

Walaupun CAHN pada asalnya hampir mara ke suku akhir, mereka menurunkan dua pemain yang berkelayakan, sekali gus membatalkan keputusan itu dan Wakil Singapuran diberi kemenangan percuma 3-0 seperti yang disahkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), semalam.

Advertisement

AFC menekankan bahawa tanggungjawab terletak pada pasukan untuk memastikan semua pemain yang diturunkan layak bermain tanpa menghadapi penggantungan.

Bagaimanapun, bekas pengendali Thailand itu meminta pengawasan yang lebih baik daripada badan induk bola sepak benua itu -- selepas mendakwa bahawa kelab itu telah dimaklumkan sebelum perlawanan bahawa kedua-dua pemain, Stefan Mauk dan China, dibenarkan untuk bermain.

"Saya selalu agak samar-samar dengan beberapa perkara tetapi kami tetap harus bertanggungjawab di sini," kata Polking yang mewujudkan persoalan salah faham mungkin timbul.

"Soalan saya di sini ialah, 'bukankah demi kepentingan semua orang perkara seperti ini tidak berlaku?'

"Ia berlaku tahun lalu dalam pertandingan yang sama. Ia berlaku lagi.

"Terdapat mesyuarat sebelum ini. Saya melihat laporan itu. Semua pemain layak bermain. Tiada pemain yang tidak layak.

"Tetapi, sudah tentu, penyemakan harus dibuat oleh AFC dan pihak pasukan agar perkara ini boleh dielak.

"Ia belum berakhir. Kami akan berjuang. Tetapi bukankah ia demi kepentingan terbaik semua orang bahawa [pada] hari sebelumnya, beberapa individu dari AFC atau di mana sahaja, jika anda tahu mereka digantung, jika pengadil tahu mereka digantung, mengapa tetap mendaftar?

"Ia masih salah kami, tetapi adakah tidak ada seorang pun yang berkata 'tunggu, tunggu, pemain-pemain ini tidak boleh bermain'?

"Ia satu pengajaran besar untuk kami. [Satu] kesilapan besar tetapi saya tidak begitu menyukainya dan, sejujurnya, saya juga tidak begitu menyukainya jika saya berada di pihak yang satu lagi.

Jurulatih berusia 49 tahun itu tidak meragui pasukannya mempunyai kualiti untuk mendapatkan satu lagi keputusan besar tetapi mengakui ia mungkin 'mendaki' gunung yang tinggi untuk mengatasi kelebihan agregat tuan rumah.

"Kami akan melakukan yang terbaik," tambahnya. "Kami tahu kami boleh [menang besar sekali lagi] tetapi ia adalah tugas yang berbeza," tambahnya.

Masihkah anda ingat, kejadian sama pernah berlaku dalam kempen ini pada musim lalu. Gergasi Jepun, Sanfrecce Hiroshima, mengalami nasib sama apabila menurunkan pemain tidak sah, sekali gus memberikan kemenangan percuma kepada Lion City Sailors (LCS) meskipun pada awalnya Sanfrecce memenangi aksi 6-1.

Tidak dilupakan, situasi ini sedikit-sebanyak mengingatkan kepada PDRM yang menurunkan pemain tidak berkelayakan, Mohd Safiee Ahmad, yang sepatutnya menjalani penggantungan satu perlawanan.

Selangor terus diberikan kemenangan 3-0 oleh sebab perkara itu sebelum menjulang trofi MFL Challenge Cup musim lalu.
 

Must Watch Video