Bekas Juara Dunia Muay Thai Flyweight ONE, Rodtang Jitmuangnon, memberikan amaran kepada lawannya dari Jepun, Takeru Segawa, menjelang pertembungan super-fight, ONE Samurai 1 hari ini.
Kedua-dua mereka akan bersaing dalam pertembungan super-fight lima pusingan merebut gelaran Juara Dunia Kickboxing Flyweight Interim ONE di Arena Ariake, Tokyo, Jepun.
Advertisement
"Untuk aksi kali ini saya tahun gaya Takeru dan betapa kuat dirinya. Dia mungkin akan lebih baik dan kami perlu berhati-hati.
"Bagitahu dia jangan pandang rendah dekat saya, dia mungkin akan tidur sekali lagi". katanya.
Untuk rekod, aksi ini merupakan pertembungan semula antara Rodtang dan Tekeru selepas petarungan pertama yang menyaksikan Rodtang hanya memerlukan 15 saat untuk menewaskan Takeru pada 2025.