Skip to main content

Bola Sepak

Victoria Tak Hairan….

Victoria Tak Hairan….

Walaupun dia isteri salah seorang bintang bolasepak terhebat sepanjang zaman, Victoria Beckham kekal dengan pendiriannya; “I am Not Football Crazy”.

Kemenangan England ke atas Norway di pusingan suku akhir Piala Dunia tempoh hari meninggalkan impak yang sangat besar buat peminat The Three Lions, tetapi tidak untuk Lady Victoria Beckham yang kelihatan tenang sahaja di saat suaminya David dan anak mereka Cruz meraikan kemenangan dengan penuh emosi.

Seiring dengan reputasinya yang pernah dikatakan “bukan penonton setia” ketika zaman kegemilangan David Beckham menyarung jersi kebangsaan suatu masa dahulu, bekas bintang pop Spice Girls itu kekal dengan perwatakannya yang “tidak minat bolasepak”.

Akan tetapi, kehadiran Victoria di stadium tetap bermakna. Tampil jelita dan elegen di sisi suami, dia seolah secara tidak langsungnya menyatakan cukuplah dia “hadir tanda sokongan, apa pun England tetap di hati!” walaupun ekspresinya tenang sahaja.

Yang penting, penampilannya di stadium sentiasa membuat kami, iaitu anak milenial dan peminat tegar Spice Girls teruja!

Harap Victoria hadir lagi di separuh akhir!

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video