Skip to main content

Bola Sepak

Negara terkecil dunia kata jangan pandang sebelah mata

Curacao

Curacao akan menjadi negara terkecil bertanding dalam Piala Dunia tetapi keseluruhan skuad berasal dari Belanda bermakna mereka tidak boleh dipandang rendah.

Daripada 26 pemain yang dipilih untuk penampilan sulung mewakili Kepulauan Caribbean itu di peringkat akhir, hanya seorang yang benar-benar dilahirkan di negara itu iaitu Tahith Chong.

Bekas akademi Manchester United itu kemudiannya berkelana ke Belanda pada usia 10 tahun.

Curacao adalah negara yang berada dalam bahagian Belanda yang diperintah sendiri, dengan populasi 150,000 orang dan keluasan tanah 171 batu persegi (442.89 kilometer persegi). 

Semua pemain mereka adalah warganegara Belanda dan di utara Eropah, menandakan satu sejarah berbeza.

Sebahagian besar penghargaan terletak pada jurulatih, Dick Advocaat, yang pada mulanya menolak jawatan itu kerana persatuan bola sepak negara itu sedang bergelut dengan krisis pentadbiran dan di bawah pengawasan badan pentadbir bola sepak dunia, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Dia akhirnya memegang jawatan itu pada Januari 2024 dan mula merekrut pemain Belanda yang berasal dari pulau itu, sekali gus mengukuhkan prospek mereka.

Advocaat, yang meletakkan jawatan pada Februari kerana masalah kesihatan anak perempuannya menyerahkan tampuk kejurulatihan kepada Fred Rutten kembali memimpin Curacao menjelang kejohanan paling berprestij yang akan berlangsung minggu hadapan.

Walaupun pada mulanya kesal dengan pemain yang menari dan menyanyi sebelum perlawanan, dia menyedari bahawa dia tidak seharusnya mengeluarkan jiwa 'Caribbean' daripada skuad, sambil memberitahu pemberita bahawa dia berpendapat ini adalah cara terbaik untuk pemainnya mencapai prestasi terbaik.

"Kami mula membina, tetapi dengan kembali kepada asas terlebih dahulu," jelas Advocaat.

"Kami tidak pernah mempunyai apa-apa untuk dirungut mengenai semangat dan komitmen mereka. Tetapi kami perlu menyediakan asas, untuk mewujudkan organisasi. Sungguh menggembirakan melihat bahawa ini cepat diambil dan membuahkan hasil."

Namun Advocaat juga realistik tentang prospek mereka. "Kami telah membuktikan bahawa kami sukar untuk ditewaskan," katanya.

"Tetapi lawan dalam kumpulan ini mempunyai kualiti yang berbeza, sudah tentu. Kami tahu ia akan menjadi sangat sukar, tetapi tiada yang mustahil."

Anda mungkin berminat dengan

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Must Watch Video