Skip to main content

Hoki

Piala Asia: Malaysia raih kemenangan pertama tumbangkan Pakistan

hoki b 18

Skuad hoki B-18 negara meraih kemenangan pertama dalam Kejohanan Hoki Piala Asia B-18 Lelaki apabila menewaskan Pakistan 3-2 di Kakamigahara, Jepun hari ini.

Selepas dikejutkan dengan kekalahan 2-4 kepada Bangladesh dalam aksi pertama semalam, skuad bimbingan Harfizi Baharom itu bangkit menewaskan pasukan pilihan, Pakistan.

G. Dheeressh membuka jaringan buat skuad negara menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-11 sebelum menggandakannya dengan gol pukulan penalti pada minit ke-15.

Menjelang separuh masa, Isyraf Shah Nor Amir meletakkan skuad muda negara selesa dengan tiga gol tetapi kealpaan dalam separuh masa kedua hampir membawa padah.

Ini selepas Pakistan berhasil mendapatkan dua gol menerusi Muzammil Saeed pada minit ke-42 dan Farhan Aslam pada minit terakhir.

Malaysia seterusnya akan bertemu China bagi aksi terakhir Kumpulan B pada Selasa ini dengan misi kemenangan besar untuk layak ke separuh akhir.

China, dalam pada itu, menewaskan Bangladesh 3-2 dalam satu lagi perlawanan.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video