Pemenang pingat perak Sukan Olimpik dua kali berturut-turut, Kenny Bednarek, memecut laju menewaskan juara Sukan Olimpik Paris, Letsile Tebogo, 22, untuk meraih kemenangan besar dalam acara 200 meter (m) dalam Liga Berlian di Rabat semalam.
Pelari kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu mencatatkan masa 19.69 saat (s), dengan memperoleh pendahuluan besar pada permulaan perlumbaan untuk meninggalkan Tebogo yang ketinggalan 0.27 saat di belakang.
"Saya tidak menyangka dapat berlari sepantas itu tetapi saya tahu saya mempunyai larian yang baik dalam diri saya," kata Bednarek yang berusia 27 tahun itu.
Kenny Bednarek 🇺🇸 19.69 (0.4) 200m season opener at the Rabat Diamond League!
2. Letsile Tebogo 🇧🇼 19.96
3. Sinesipho Dambile 🇿🇦 20.03
4. Cheickna Traore 🇨🇮 20.15pic.twitter.com/lUzSJC9lld— Track & Field Gazette (@TrackGazette) May 31, 2026