Skip to main content

Bola Sepak

Terkini UCL: Majoriti cabar, persoal keputusan UEFA

UEFA

Media sosial ketika ini bergegar ekoran tidak berpuas hati dengan senarai 'Team of The Season' yang dikeluarkan oleh penganjuran Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di bawah Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).

Ramai mempersoalkan tentang pemilihan kesebelasan utama terbaik sepanjang kejohanan itu apabila ketiadaan seorang pun pemain dari Real Madrid musim ini.

Meskipun gergasi LaLiga itu menghadapi musim yang sukar dan gagal merebut kejuaraan, namun dua pemain Los Blancos telah menerima anugerah individu tetapi tidak berjaya menembusi senarai tersebut.

Pertikaian melibatkan pemain kebangsaan Perancis, Kylian Mbappe, yang menjaringkan gol terbanyak iaitu 15 jaringan tidak diletakkan selaku penyerang terbaik, sebaliknya Harry Kane dari Bayern Munich dengan 14 gol dipilih.

Lebih mengecewakan, Arda Guler yang memenangi Anugerah Pemain Muda Terbaik turut tidak tersenarai.

Lebih menghangatkan, peminat tertanya-tanya mengapa Gabriel Magalhaes merupakan antara pertahanan terbaik kejohanan walaupun menjadi punca kegagalan Arsenal menjuarai UCL kali ini.

Penyokong bola sepak seluruh dunia berteka-teki dengan konspirasi itu sambil menegaskan ada beberapa pemain yang lebih layak membentuk kesebelasan utama terbaik edisi kali ini. 

Anda mungkin berminat dengan

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

Must Watch Video