Hakim Danish muncul pelumba pertama Malaysia pertama menjuarai satu perlumbaan Moto3 sejak 2016 apabila menawan Litar Brno dalam Grand Prix Czechia sebentar tadi.
Kali terakhir pelumba negara memanjat podium utama Moto3 ialah ketika Khairul Idham Pawi menguasai GP Jerman pada 2016.
Hakim Danish sepatutnya bermula di petak kedua selepas turut memecahkan rekod terpantas sepusingan sepanjang zaman di Litar Brno sebanyak dua kali dalam sesi latihan bebas.
Bagaimanapun, dia dikenakan penalti 12 petak gara-gara dakwaan menunggang terlalu perlahan dalam sesi kelayakan.
Namun, ia bukan alasan untuk patah semangat. Hakim Danish mempamerkan tunggangan berani dan berkualiti tinggi sejak dari awal perlumbaan untuk menyertai kelompok depan bersama lima pelumba lain sebelum menduduki tangga pertama dalam lap terakhir.
Hakim mengakui pasukannya telah memberikan penyelarasan terbaik buat jenteranya sehingga dia amat berkeyakinan menghadapi perlumbaan kali ini.
Dia juga ada pesanan istimwa buat rakyat Malaysia.
"Saya pasti ketika ini semua orang di Malaysia gembira dengan kemenangan ini, begitu juga saya," katanya dalam satu temu bual selepas perlumbaan.
"Saya bermula di barisan kelima dan saya hanya mencuba untuk kekal fokus dan berada di depan secepat mungkin.
"Saya cuba menguruskan tunggangan sebaik mungkin dan secara keseluruhannya sepanjang hujung minggu ini, saya amat yakin dengan prestasi jentera dan pasukan saya.
"Saya perlu berterima kasih kepada pasukan saya atas kerja keras mereka sepanjang hujung minggu ini.
"Saya amat gembira dan saya juga ada pesanan buat rakyat Malaysia.
"Terima kasih banyak buat semua, terima kasih Abang, Papa, kita jumpa nanti."