Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli, nyata tidak berpuas hati apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-18 dalam aksi pertama Moto3 di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, pada hujung minggu lalu dan ia sememangnya bukan keputusan yang diinginkan.
Hakim Danish -- ketika ditemui sewaktu majlis menandatangi perjanjian kerjasama dengan Aeon Credit semalam -- dia menjelaskan sudah berusaha keras untuk memberi saingan dengan pelumba kelompok hadapan, namun masih terdapat banyak aspek perlu diperbaiki khususnya melibatkan kemahiran tunggangan serta penyesuaian bersama jentera KTM yang dipacunya musim ini.
Advertisement
Bagaimanapun, pelumba berusia 18 tahun tersebut menyifatkan ia hanya permulaan dan dia yakin mampu tampil dengan keputusan lebih baik dalam perlumbaan seterusnya.
"Perlumbaan dalam GP (Grand Prix) Thailand memang sukar.
"Saya masih perlu tingkatkan pelarasan motosikal dan gaya tunggangan," katanya.
Menurut Pengurus Pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, terdapat kesilapan percaturan melibatkan pemilihan tayar yang sedikit menghalang Hakim Danish untuk tampil dengan aksi terbaik.
Namun, dia memaklumkan bahawa perancangan rapi telah diatur bagi memastikan prestasi Hakim Danish meningkat dalam baki 21 perlumbaan selepas ini.

"Pemilihan tayarnya tidak baik. Ketika pelumba lain menggunakan tayar lembut, dia pula memilih tayar lembut sambil beranggapan dapat membantunya di penghujung perlumbaan, tapi ia tidak berlaku jadi.
"Kami sentiasa mencuba sesuatu yang baru dengan rakan kerjasama kami dan bantuan daripada AEON Credit ini sebenarnya sudah mencukupi tapi untuk lebih kompetitif dan berlatih di Eropah dan ia memerlukan dana yang besar.
"Kami sedang berusaha untuk memastikan kestabilan pasukan, baik di dalam mahupun luar litar," katanya.