Dalam tempoh seminggu, bola sepak Malaysia digegarkan dengan dua perkhabaran berbeza -- yang pertama hukuman pembatalan kemenangan ke atas Harimau Malaya, manakala Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal berentap dengan jaguh Asia.
Minggu lalu, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menyusuli tindakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang mendapati skuad kebangsaan bersalah atas pemalsuan dokumen, seterusnya menyebabkan kemenangan 3-0 diberikan kepada Nepal dan Vietnam dan terlepas tiket ke Piala Asia 2027.
Advertisement
Semalam pula, kita akan disajikan dengan bola sepak tertinggi benua ini, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Jeddah, Arab Saudi.
Sama ada Al-Ahli mahupun Al-Duhail, tiada satu pun menawarkan tempat separuh akhir secara percuma kepada juara Liga Super 12 kali berturut-turut itu.
Al-Ahli hadir dengan reputasi selaku juara bertahan dan membawa panji perjuangan tuan rumah, manakala Al-Duhail sebagai wakil Qatar tidak kurang hebatnya.
Harimau Selatan tidak seharusnya berasa kerdil sebagai pendatang baru di peringkat suku akhir sambil Ketua Pegawai Operasi (COO) JDT, Alistair Edwards, melaungkan sentimen kelab itu sedia menggalas cabaran kali ini.
Apatah lagi, JDT telah memberikan saingan hebat kepada tiga kelab Jepun ketika di peringkat kumpulan selain dua kelab China juga sempat menjadi mangsa.
Menjelang pertemuan pada 16 Mac ini, JDT terlebih dahulu akan mengharungi dua perlawanan domestik, iaitu bertemu Kuala Lumpur (KL) City di peringkat separuh akhir Piala Malaysia serta aksi Liga Super dengan Terengganu sebelum mengalihkan fokus je pusingan akhir di Jeddah.
Dengan trofi liga sudah berada di dalam genggangaman, pastinya ia titik tumpuan mereka ketika ini adalah pertemuan ACLE.
Dengan Al-Ahli dan Al-Duhail perlu mengharungi dalam pusingan 16 dua hari sebelumnya, ia akan memberikan anak buah Xisco Munoz untuk menilai kemampuan seteru berpotensi mereka itu.
Malah, kempen ini seharusnya disambut sebagai pendedahan terbaik buat tonggak Harimau Malaya di peringkat antarabangsa bertemu pasukan dari negara-negara Arab yang menawarkan corak permainan berbeza, lebih agresif dan fizikal.
Ia menjadi medan yang baik untuk pemain-pemain yang bakal menyarung jersi Malaysia kelak, khususnya untuk menghadapi dua lagi tugasan antarabangsa, Piala Asia Tenggara (ASEAN) FIFA dan Piala Hyundai ASEAN.