Skip to main content

Bola Sepak

Meledak: Harimau Malaya, bagai umpan jinak di air tenang

malaysia

Kejayaan tanpa pingat hanyalah sebuah kisah perjuangan, malah sejarah juga hanya ditulis oleh sang pemenang!

Isu luar padang membabitkan tujuh pemain Malaysian Abroad jelas sekali mencengkam skuad negara, daripada selangkah mara ke pusingan akhir Piala Asia, kini hanyalah tinggal sebuah kenangan.

Advertisement

Harapan Harimau Malaya layak secara merit ke pusingan akhir Piala Asia buat dua kali berturut-turut terkubur.

Perkara itu selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) didapati melanggar Artikel 56 Kod Tatatertib dan Etika Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) kerana menurunkan pemain tidak layak dan diisytihar tewas 0-3 kepada Vietnam dan Nepal sebelum ini.

Vietnam mengesahkan kejayaan ke pusingan akhir apabila muncul juara Kumpulan F dengan mengumpul 18 mata diikuti kem negara di kedudukan kedua (sembilan mata), Laos di tempat ketiga (enam mata) dan Nepal di tangga terakhir (tiga mata).

Bermula dengan; —

1. Mac 2025 -- Kemenangan Besar Malaysia Cetus Kontroversi
Isu bermula selepas Malaysia mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas Vietnam -menamatkan kemarau 11 tahun tanpa kemenangan negara- dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027, kemudian tular beberapa pihak mempersoalkan status dokumentasi pemain warisan yang beraksi dalam perlawanan itu.

2. April–Jun 2025 -- Aduan Rasmi Dikemukakan
Aduan rasmi berkaitan kelayakan pemain dihantar kepada FIFA. Badan induk bola sepak dunia itu membuka siasatan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi meneliti kesahihan dokumen yang digunakan oleh tujuh pemain warisan terbabit membabitkan Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Arrocha, Jon Irazabal, dan Hector Hevel.

3. September 2025 -- FIFA Umum Hukuman Awal
Selepas siasatan selesai, FIFA mengumumkan beberapa hukuman, tujuh pemain warisan digantung 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak.

Setiap pemain dikenakan denda CHF2,000 manakala FAM dikenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta).
Keputusan itu mencetuskan kejutan besar dalam kalangan penyokong bola sepak Malaysia kerana ia memberi kesan kepada perancangan skuad kebangsaan.

4. Oktober 2025 -- FAM Failkan Rayuan
Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, FAM bersama pemain terlibat mengambil keputusan memfailkan rayuan di CAS, badan timbang tara tertinggi dalam pertikaian sukan antarabangsa.

FAM berhujah bahawa terdapat faktor tertentu dalam dokumentasi pemain yang perlu dinilai semula sebelum hukuman dikenakan.

5. Februari 2026 -- Sesi Pendengaran CAS
CAS menjalankan sesi pendengaran melibatkan wakil FAM, pemain terbabit serta wakil FIFA.

Panel CAS menilai semula bukti dokumentasi, proses kelayakan pemain serta hujah kedua-dua pihak sebelum membuat keputusan akhir.

6. Mac 2026 -- CAS Longgarkan Hukuman Pemain
CAS akhirnya mengumumkan keputusan yang sedikit melegakan kem bola sepak Malaysia -- Hukuman terhadap pemain dilonggarkan berbanding keputusan asal FIFA namun denda RM1.8 juta terhadap FAM dikekalkan.

Malah, pemain boleh terlibat dalam sesi latihan bersama pasukan masing-masing selain penggantungan hanya merangkumi perlawanan rasmi.

Malaysia tewas kepada kepada Vietnam 1-3 tanpa tujuh pemain Malaysian Abroad sekali gus misi mengembalikan maruah negara terus tergendala. —

Kisah itu semestinya memberikan tamparan hebat khasnya kepada penyokong yang hadir memberikan sokongan tanpa kenal penat lelah dengan ‘ikhlas’ dalam setiap perlawanan, menghabiskan wang ringgit untuk menyaksikan sebuah perjuangan, tetapi diakhiri dengan sebuah kisah diluar kotak pemikiran.

Begitupun, hari ini dilihat sebagai waktu terbaik buat ‘reset’ skuad negara selain membina semula maruah bola sepak skuad negara tanah air lebih-lebih lagi malam tadi menyaksikan ranking Malaysia terus terjurumus di ranking ke-138 dunia, jatuh 17 anak tangga berbanding di ranking ke-121 pada kemaskini terdahulu.
 

Must Watch Video