Malam yang takkan dilupakan. Bermulanya sebuah legasi. Permulaan mendebarkan.
Itu cerita penjaga gol muda Tampines Rovers, Kasey Rogers, yang mengharungi hari mendebarkan apabila dipilih mewarnai kesebelasan utama buat kali pertama menentang Cong An Ha Noi (CAHN) dalam perlawanan timbal balik kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), semalam.
Advertisement
Kehidupan sebagai seorang pelajar juga tidak boleh dilupakan, malah tidak mengambil mudah akan cabaran untuk bergelar bintang bola sepak terkemuka.
Rogers tidak menyangka dirinya diberi kepercayaan bertemu gergasi Vietnam tatkala berjaya menepis segala percubaan berbahaya pihak lawan, sekali gus membantu wakil Singapura itu menoktahkan kemenangan dengan agregat 6-1, dan mara ke suku akhir.
"Sangat teruja dapat bermain bersama pasukan utama buat kali pertama di pentas Asia.
8pm today, professional debut. 8am tomorrow, back to school! 😮💨 A night to remember for 16-year old Kasey Rogers - who made his professional debut as @TRFCStags booked their spot in the #ACLTwo quarter-finals. pic.twitter.com/6dwIAhifpT
— Zia-ul Raushan (@raushansays) February 18, 2026
"Saya harus mempersiap mental untuk bersedia pada bila-bila masa sahaja.
"Saya menerima berita pada awal pagi sebelum permainan menyatakan bahawa saya akan bermain.
"Saya hanya perlu kekal fokus sepanjang hari dan mengelakkan daripada sebarang gangguan," katanya.
Di sebalik pencapaian membanggakan itu, pemain berusia 16 tahun itu tetap perlu menjalani rutin harian pergi ke sekolah pada awal pagi.
Usai menjadi wira pada waktu malam buat Tampines Rovers, Rogers tetap perlu bangun pagi pada keesokan harinya untuk pergi ke sekolah pada pukul 8.00 pagi. Inilah dedikasi sebelum berjaya!
“Semalam saya tak bersekolah kerana Tahun Baru Cina tapi hari ini ya.
"Ini adalah batu loncatan untuk diri saya. Saya berharap akan dapat banyak peluang selepas ini," katanya lagi.