Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Sudah lama kami tidak rasa meraih mata -- Pembantu jurulatih PDRM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

MFL

'Sudah lama kami tidak merasa raih mata'

Itu apa yang diluahkan pembantu jurulatih PDRM, V. Kavichelvan, selepas anak buahnya berjaya menjelmakan satu mata berharga sejak kali terakhir melakukannya pada September 2025 dengan mengikat Kuala Lumpur City 1-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

Advertisement

Bagi Kavichelvan, ia memberikan satu semangat baru buat pasukannya untuk teruskan kemaraan dalam baki perlawanan saingan Liga Super 2025/26.

"Kami dah lama tak rasa mengutip mata dalam liga, terima kasih pemain dan pengurusan sebelum perlawanan. Semestinya ada waktu yang sukar musim ini.

"Pemain melakukan apa yang kami rancangkan," katanya.

 

 

 

Sementara itu, ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Risto Vidakovic, beranggapan anak buahnya menerima terlalu banyak keputusan tidak masuk akal dalam perlawanan itu.

Risto mengharapkan semua pihak dapat baik pulih daripada segala aspek untuk membawa standard Liga Super lebih tinggi lagi.

"Kadangkala kami tidak boleh mengawal permainan, saya tidak mahu bercakap mengenai pengadil, kami hanya mahu fokus akan permainan." tambahnya.
 

Must Watch Video