Pertahanan veteran Jepun, Yuto Nagatomo,tidak mampu menahan sebak selepas tersenarai dalam skuad 26 pemain kendalian Hajime Moriyasu, sekali gus hampir mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama beraksi di lima edisi kejohanan berprestij itu.
Pemain berusia 39 tahun itu yang masih menjadi sandaran pengalaman Samurai Blue, mengalirkan air mata sebaik pengumuman rasmi dibuat, detik yang pantas tular di media sosial.
Nagatomo menyertai senarai bintang Jepun lain seperti Takefusa Kubo, Ayase Ueda dan Daichi Kamada, dalam usaha negara itu mengukuhkan cabaran di pentas Piala Dunia 2026.
Former Inter Milan defender Yuto Nagatomo broke down in tears after learning he’ll represent Japan at a FIFTH World Cup 🇯🇵🥹
At 39 years old, the veteran full-back is still going strong and will once again wear his country’s colors on football’s biggest stage… pic.twitter.com/z95foR2RjD— OneFootball (@OneFootball) May 15, 2026
Untuk rekod, bekas pemain Inter Milan, Marseille dan Galatasaray itu kini mengumpul 144 penampilan bersama Jepun sejak debut pada 2008, selain menjaringkan empat gol antarabangsa.
Walaupun sudah menghampiri penghujung karier, Nagatomo masih menjadi tonggak penting FC Tokyo musim ini dengan lapan penampilan, membuktikan tahap kecergasan dan konsistensinya belum merosot.
Sebagai rekod, Jepun diundi dalam Kumpulan F bersama Belanda, Sweden dan Tunisia dengan aksi pembukaan menentang Belanda di Arlington, Texas pada 14 Jun. - Sinar Harian