Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Peluang Selangor tipis tapi kami tak seharusnya menyerah, kata Kim Pan-gon

Liga Super

Jurulatih Selangor, Kim Pan-gon, mengakui peluang The Red Giants untuk mempertahankan gelaran naib juara Liga Super semakin tipis susulan keciciran mata di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Namun, pengendali dari Korea Selatan itu belum mahu kibar bendera putih apabila bertekad memastikan pasukannya raih kemenangan dalam baki tiga perlawanan.

Advertisement

"Peluang amat tipis, kami patut menang malam ini.

"Kami harus memenangi setiap perlawanan dan berjuang sampai habis.

"Kita tengok macam mana pengakhirannya memandangkan pasukan lain juga masih berbaki perlawanan.

 "Kami tidak boleh berputus asa hingga perjuangan selesai. Tinggal tiga perlawanan lagi dan kami akan cuba memungut kesemua mata.

"Strategi Sabah adalah cuba membunuh masa. Kami sendiri yang berikan mereka peluang kerana kami sepatutnya mencetak jaringan terlebih dahulu.

 

 

 

 

"Kamilah yang memberikan mereka ruang ini," katanya.

Perlawanan itu, bagaimanapun, dicemari keputusan kontroversi pengadil, Faizal Talib, yang meniup wisel penamat lebih awal walaupun masih berbaki 15 saat.

Terdahulu, tuan rumah mendapat jaringan pembukaan menerusi Faisal Halim pada minit ke-30 sebelum Fergus Tierney menyamakan kedudukan tiga minit berselang.

Sabah kemudian tampak mempamerkan taktik bertahan serta melambatkan rentak permainan, namun dakwaan itu pantas dinafikan jurulatihnya, Juan Torres.

"Kami sedar keperluan untuk menguasai bola apabila berdepan pasukan seperti Selangor.

"Mungkin pemain keletihan dan ada masanya lebih mudah berlari daripada mencari ruang, maka permainan hantaran tinggi lebih baik.

"Kami perlu tingkatkan prestasi dalam soal ini termasuk menonjolkan personaliti ketika berdepan tekanan," katanya. 
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video