KUCHING CITY 4 PDRM 1
Kuching City di laluan terbaik untuk perebutan ke pentas Asia dengan membayangi kutipan mata pasukan di tangga kedua Liga Super, Selangor.
Advertisement
Kedua-dua pasukan kini terikat 43 mata -- dengan Kuching City berkelebihan satu perlawanan -- selepas kemenangan anak buah Aidil Sharin Sahak yang menggunakan kelebihan di laman sendiri untuk mencipta kemenangan 4-1 ke atas PDRM, sebentar tadi.
Hasrat besar itu dibuktikan oleh penyerang sensasi, Ronald Ngah seawal minit kedua, sebelum Ramadhan Saifullah kembali meletakkan Kuching City di depan 2-1, dua minit sejurus permainan bersambung berikutan gol penyamaan Amirul Wa'ie yang dihasilkan di penghujung separuh masa pertama.
Ramadhan terus mengukuhkan kedudukan 3-1 buat pasukannya pada minit ke-67, disusuli jaringan keempat tuan rumah melalui Jerome Mpacko Etame, sekali gus meletakkan PDRM di tangga terakhir.
KEPUTUSAN LAIN:
NEGERI SEMBILAN 2 DPMM 2