Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak, akan menghidangkan Selangor satu pertemuan menarik dalam aksi penentuan separuh akhir Piala Malaysia di laman sendiri, Sabtu depan.
Kemenangan 4-1 ke atas PDRM itu menyuntik keyakinan anak-anak buahnya untuk membentuk keampuhan apabila bakal berhitung untuk aksi timbal balik separuh akkhir Piala Malaysia tatkala agregat terikat 1-1.
Advertisement
"Semangat pemain tidak mudah runtuh biarpun pihak lawan mengikat kedudukan.
"Beberapa pemain menonjolkan mutu persembahan yang lebih baik pada malam ini.
"Selepas gol kedua, kami memperoleh momentum dan kami seharusnya mencipta lebih banyak jaringan.
"Ini menunjukkan perebutan sengit merebut tempat dan betapa pentingnya berada dalam kesebelasan utama.
"Kami akan membuat persiapan rapi menghadapi Selangor.
"Pastinya kami akan mengerahkan segala kudrat apabila bertemu Selangor pada Sabtu depan," katanya.