Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: JDT bangkit atasi Kuching City dengan 10 pemain

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Bergson

Johor Darul Ta'zim (JDT) mengekalkan rekod kemenangan bersih apabila bangkit mengatasi Kuching City 2-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri sebentar tadi.

Pasukan juara bertahan itu dikejutkan pelawat apabila Scott Woods memecahkan kebuntuan jaringan pada minit ke-41, yang disahkan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR).

Advertisement

Dalam separuh masa kedua, Harimau Selatan sekali lagi tersentak apabila ketua pasukan, Natxo Insa, dilayangkan kad merah kerana didapati menyiku pemain Kuching City dalam satu insiden tanpa bola pada minit ke-57.

Di sebalik kekurangsan pemain, tuan rumah hanya memerlukan seminit untuk menyamakan kedudukan hasil ledakan gemilang Nacho Mendez pada minit ke-58 sebelum Bergson da Silva melengkapkan kebangkitan manis itu dengan voli kaki kirinya pada minit ke-64.

Dengan kemenangan itu, JDT kian gah di tangga teratas liga dengan 45 mata hasil 15 kemenangan daripada 15 perlawanan.

Kuching City, dalam pada itu, tergelincir ke tangga keempat dengan 28 mata tetapi masih memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

 

Must Watch Video