Satu gol sudah cukup memberi kelebihan satu mata seperti yang ditagih Kuching City untuk mengesahkan status sebagai pasukan kedua terbaik Liga Super selepas meraih kemenangan ke atas Kuala Lumpur City.
Pemain import yang dalam prestasi terbaik, Jerome Etame, muncul wira menerusi gol tunggal perlawanan di Stadium Negeri, Sarawak sebentar untuk mencipta sejarah baru bola sepak kelab Borneo itu untuk menutup musim Liga Super paling gemilang buat mereka.
Dengan hanya satu jaringan, anak buah Aidil Sharin Sahak itu menutup perjuangan mereka dalam perlawanan ke-24 itu dengan mengesahkan gelaran naib juara liga -- satu isyarat betapa perit perjalanan mereka pada musim ini.
Namun, alah bisa tegal biasa Kuching melaluinya dengan tenang dan fokus tatkala pencabar terdekat, Selangor, yang mengekori rapat dengan jurang satu mata.
Meskipun terlepas slot ke pentas Asia melalui tiket liga, Gergasi Merah tetap cemerlang dengan menutup musim ini melalui kemenangan 6-0 ke atas PDRM menerusi hatrik Mukhairi Ajmal Mahadi, dua gol Alvin Fortes dan satu daripada Aliff Izwan dalam pertembungan di Stadium MPBJ itu.