Penjaga gol muda Melaka, Haziq Aiman Esa, memberi jaminan untuk tampil bertenaga 200 peratus (%) ketika berdepan juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam perlawanan minggu ke-10 liga, sebentar nanti.
Haziq Aiman sedar ia bukan tugas mudah, namun dia mahu memanfaatkan peluang bertemu Harimau Selatan sebagai medan untuk membina keyakinan diri, selain mengutip pengalaman dalam menghadapi aksi berintensiti tinggi.
Advertisement
Tonggak berusia 20 tahun itu yang juga bekas penjaga gol JDT II, menyifatkan jaguh Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) itu sebagai pasukan lengkap meliputi segenap posisi, dan melaka tidak sesekali boleh melakukan sebarang kesilapan yang pastinya akan dihukum lawan.
Haziq percaya, jika segala perancangan yang telah direncana pengendali, K. Devan, dapat dilaksanakan sebaik mungkin sepanjang 90 minit permainan, tidak mustahil untuk skuad Hang Tuah merealisasikan misi bawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.
Haziq telah beraksi dalam tiga perlawanan Liga Super musim ini dengan mencatat lima bolos setakat ini
"Arif Aiman Hanapi antara salah seorang pemain terbaik Asia. Hampir ke semua pemain JDT adalah pemain hebat.
"Kami harus memberi tumpuan kepada semuanya.
"Kami sudah berlatih sepenuhnya, dan memperbaiki setiap kekurangan.
"Semua kelihatan bersedia menentang JDT, malam ini.