Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Baju jelas ditarik, Safawi Rasid buka mulut tentang insiden penalti

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Pawi

Pertembungan Kuala Lumpur (KL) City yang melayani kunjungan Kuching City bagi perebutan kedudukan kedua terbaik Liga Super 'dicemari' insiden yang melibatkan drama di penghujung saingan -- termasuk perang mulut kedua dua jurulatih.

Namun, itu semua terhenti sebaik tamat permainan dengan The City Boys dan The Cats akur berkongsi satu mata -- hasil keputusan seri 1-1.

Advertisement

Pasukan tuan rumah dinafikan kemenangan apabila bintang Harimau Malaya, Safawi Rasid, mendakwa dirinya ditarik dalam kotak penalti, tetapi tiada tindakan susulan diambil daripada pengadil perlawanan.

"Saya tengok daripada ulang tayang video menunjukkan ia sangat jelas. Pemain Kuching Ciy menarik baju Safawi dari belakang.

"Saya tidak tahu mengapa kami tidak diberikan sepakan penalti.

"Ia, situasi yang sangat pelik. Kami bermain dengan sangat baik.

"Anda mempunyai teknologi terkini iaitu video bantuan pengadil (VAR), tetapi tidak digunakan," kata ketua jurulatih, Risto Vidakovic.

"Sebenarnya, sekarang ini ada VAR. Yang paling penting ialah reaksi pertama.

"Sudah tentu saya kena tarik. Semua boleh nampak. Saya rasa 100 peratus (%) patut diberikan.

"Tetapi itu keputusan pengadil. Kita kena hormat," kata Safawi.

Ketika ini, kedua-dua pasukan berkongsi 25 mata selepas 12 aksi liga. 

Must Watch Video