Nama yang tidak asing lagi dengan kancah sukan negara, Tony Mariadass, hairan mengapa banyak pasukan terlepas pandang kelebihan yang ada di Malaysia dengan melihat penggunaan pemain import sebagai jalan singkat untuk menambah kualiti pasukan.
Tidak dinafikan sisi berbeza yang mampu dijelmakan sesetengah pemain import.
Advertisement
Namun, Tony berpendapat kelebihan setiap kaum yang ada di Malaysia, boleh diguna pakai dalam bola sepak malah pendekatan ini sudah pun digunakan ketika era 70 dan 80-an.
Kuota pemain import juga semakin bertambah saban musim, membuatkan pasukan makin terhimpit menjadikan percaturan kewangan semakin rumit dan mula terbeban.
Persoalan tentang perlunya pembangunan akar umbi pula semakin menekan.
"Negara kita terdiri daripada beberapa kaum yang mempunyai ciri-ciri tersendiri berbanding Jepun dan India.
"Kita kena ada program jangka masa panjang dan masa dalam (program) jangka masa pendek pula, apa yang akan jadi dengan pemain tempatan?" katanya.
Isu tunggakan gaji bekas ketua jurulatih Kedah Darul Aman, Rosle Derus, sedangkan pasukan masih dibenarkan bersaing turut mendapat perhatian Tony.
Di sebalik situasi yang menyelubungi sistem bola sepak negara, masalah gaji sepatutnya boleh dibendung jika pemegang taruh lebih bijak dalam membuat keputusan kritikal.
"Kalau hanya ada enam pasukan yang sanggup main (lulus) -- tiada masalah -- buatlah liga tiga pusingan, kenapa mesti adakan 12 pasukan. Ini nak nampak canggih, masalah banyak -- setiap tahun masalah sama.
"MFL sudah buat macam-macam dengan mengadakan kursus, taklimat termasuk menetapkan syarat sedia menggantung pasukan tapi masalah masih kekal," katanya lagi.