Perlawanan Liga A1 Semi-Pro di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, dicemari rasa tidak puas hati kedua-dua pasukan, Selangor II menentang Malaysian University Football Team (MUFT) terhadap mutu pengadilan, petang tadi.
Antara insiden yang mencetuskan kontroversi apabila sepakan penalti atau sepakan percuma tidak diberikan kepada MUFT pada penghujung permainan.
Advertisement
Ia, selepas anak buah Yazli Yahya mempamerkan aksi bertahan yang cukup berdisiplin dan terpuji sepanjang perlawanan.
"Kami tidak berasa gentar dengan mana-mana pasukan kecuali pasukan yang menurunkan pemain import. Mereka memiliki kelebihan tertentu.
"Tetapi apabila bersaing dengan pasukan yang sama menggunakan khidmat lokal, kami sentiasa bersedia.
MUFT 0-0 Selangor II, ketiadaan Rahman Daud dan Haykal Danish yang dipanggil ke skuad utama beri kesan, Red Giants gagal catat kemenangan dalam tiga aksi terakhir. Kedua-dua pasukan tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan. @ASTROARENA pic.twitter.com/b8oBSB5yZo
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 18, 2026
"Kami cukup bertuah walaupun berkongsi satu mata.
"Kami berjaya bersaing sehingga tamat aksi," katanya di Nadi Weekend.
Kem Selangor II turut dilihat tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil hingga tercetus kekecohan sejurus tamat permainan membabitkan pegawai pasukan.
Keputusan seri itu menyaksikan pelapis Gergasi Merah itu gagal mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir, selepas tewas kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) II dan Kelantan Red Warrior sebelum ini.
Ketiadaan tonggak utama, Abdul Rahman Daud dan Haykal Danish, jelas menjejaskan persembahan tuan rumah.
sot – shaiful nizam ab khamis, jurulatih selangor ii
"Kami sangat terkesan dengan beberapa pemain utama ini.
"Apa-apa pun, ia bagus untuk pemain lain kerana mendapat peluang dan minit permainan," kata jurulatih Selangor II, Shaiful Nizam Ab Khamis.