Persoalan besar mula bermain di kalangan peminat bola sepak England, malah seantero dunia turut tidak bersetuju dengan senarai 26 pemain yang tular di media sosial itu yang akan mewakili negara itu dalam Piala Dunia 2026 bermula bulan hadapan.
Ramai terkejut dan tidak boleh diterima logik melihat tiada nama besar seperti Harry Maguire, Cole Palmer, Phil Foden, Morgan Gibbs-White dan lain-lain.
Ketua jurulatih The Three Lions, Thomas Tuchel, belum memberikan jawapan khusus mengenai sebab utama beberapa bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak dipanggil, tatkala difahamkan tiada perubahan besar bakal berlaku sementara menunggu pengumuman rasmi panggilan skuad kebangsaan.
Komen mula membanjiri ruang maya menandakan kemarahan peminat terhadap Tuchel dengan dakwaan memilih 'ikut bulu' bukannya berdasarkan prestasi.
Dan, ia menimbulkan keraguan daripada penyokong terhadap kredibiliti bekas pengurus Chelsea itu meskipun memenangi sembilan aksi daripada 12 perlawanannya setakat ini.
Maguire mengakui sedih dengan berita itu apabila pertahanan Manchester United itu bersedia membela England dengan penuh keyakinan, tetapi tidak kesampaian untuk mengikuti perjuangan tersebut.
This is the England squad BBC Sport expects to be named 📋
The final place in the 26-man squad is expected to go to Myles Lewis-Skelly, Trent Alexander-Arnold or James Garner. pic.twitter.com/eQrZMUhlTW— Match of the Day (@BBCMOTD) May 21, 2026
Mampukah England menamatkan kejuaraan dan membawa pulang trofi paling berprestij itu?
Untuk rekod, England berjaya mara ke final Euro dua kali berturut-turut sebelum ini, namun gagal menghadiahkan kejuaraan buat peminat.
Bagaimanakah nasib mereka dalam Piala Dunia edisi kali ini? Sama-sama kita saksikan.