Pencarian individu yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan negara yang didakwa melanggar Artikel 22 Kod Disiplin Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) berkaitan pemalsuan dokumen kekal misteri.
Sama ada badan induk bola sepak negara, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), bertindak untuk 'damage control' yang sedang berlaku atau sedang melindungi sesuatu, perkara itu jelas tidak disenangi Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).
Advertisement
Presiden Persatuan Undang-Undang Malaysia, Balbeer Singh, melihat tidak ada sebarang ruang yang mampu meletakkan FAM dalam situasi berpotensi untuk mencabar dakwaan yang dilakukan FIFA.
"Rayuan jawatankuasa FIFA telah mengatakan tindakan yang diambil setakat ini tidak serius, mereka yang terlibat tidak dikenal pasti.
"Isu penting adalah tanggungjawab kolektif yang tidak serius, sehingga ke hari ini tiada sesiapa yang dikenal pasti. Itu yang Jawatankuasa Rayuan FIFA telah katakan tiada sesiapa sehingga hari ini yang dikenal pasti sebagai mereka yang melakukan kesalahan ini," katanya.
7 pemain warisan boleh saman/tuntut pampasan kepada FAM sebaik selesai hukuman penggantungan 12 bulan - Balbeer Singh, Presiden Persatuan Undang-undang Sukan Malaysia pic.twitter.com/0yCykmUFsX
— FinaNasrom (@fnasrom) November 26, 2025
Malah, Balbeer juga tidak menolak kemungkinan Malaysia akan diketepikan dalam dua edisi penganjuran Piala Asia selepas ini merujuk kepada kes yang sangat mirip dengan isu Timor Leste sebelum ini.
Dalam tempoh lapan tahun tanpa kejohanan di pentas Asia melibatkan skuad negara, itu antara kemungkinan besar yang berat untuk di terima Harimau Malaya.
Sebagai pakar perundangan, Balbeer meluahkan rasa gusar rentetan rayuan bersifat lemah FAM yang gagal melembutkan hati FIFA, malah rayuan itu ditolak mentah mentah.
"Jika dilihat rayuan dilihat sebagai sukar kerana bukti-bukti yang dikeluarkan FIFA serius. Selepas itu AFC akan ambil Tindakan yang besar.
"Selepas rayuan habis beberapa bulan lagi di CAS, tindakan boleh diambil AFC. Isu dan kes Timor Leste hampir sama dengan apa yang berlaku sekarang." ujarnya.