Skip to main content

Bola Sepak

Kerabat Diraja tidak sesuai sandang jawatan Presiden FAM?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ieit

Peguam undang-undang sukan, Zhafri Aminurashid, melontarkan pandangan bahawa penglibatan institusi diraja dalam kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membawa cabaran tersendiri pada era moden kini.

Ini susulan sebarang kontroversi mahupun isu berbangkit berpotensi memberikan kesan kepada institusi diraja susulan tuntutan tinggi daripada masyarakat terhadap prestasi semasa skuad negara yang menjadi ukuran utama.

Advertisement

"Penglibatan kerabat diraja dalam peranan kepimpinan FAM sememangnya membawa cabaran tersendiri, termasuk pendedahan kepada kritikan awam serta pandangan pelbagai pemegang taruh.

"Dalam konteks ini, sebarang isu atau kontroversi yang timbul berpotensi memberi implikasi negatif terhadap institusi diraja, memandangkan prestasi pasukan kebangsaan sering dijadikan ukuran utama terhadap keberkesanan badan induk bola sepak negara.

 

 

 

 

 

"Sehubungan itu, adalah lebih wajar untuk memelihara kesucian dan martabat institusi diraja daripada sebarang kecaman atau kritikan yang tidak perlu," katanya.

Oleh itu, Zhafri berkongsikan jawatan-jawatan penting lebih sesuai seandainya dijawat oleh individu awam.

Antara kriteria yang dituntut bagi mengisi tempat kerusi panas itu antaranya individu yang mempunyai integriti tanpa kompromi, pengalaman dalam pentadbiran sukan, hubungan antarabangsa yang baik serta visi pembangunan jangka masa panjang.

"Oleh itu, jawatan-jawatan utama seperti Presiden FAM adalah lebih sesuai disandang oleh individu awam, bagi memastikan institusi diraja kekal dihormati dan tidak terheret ke dalam polemik pentadbiran sukan." tambahnya.

Must Watch Video