Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia: Setakat mahu beraksi di pusingan pertama, kedua saja, mereka tak cukup 'lapar' -- Lee Chong Wei

f

Menjelang Kejohanan Badminton Dunia BWF 2026, Pengerusi Jawatankasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM),Datuk Lee Chong Wei, berharap impian sebenar semestinya untuk melihat sektor perseorangan negara melangkah lebih jauh, namun hakikat yang perlu diterima -- mereka masih jauh daripada menggapai impian itu.

"Saya rasa ini tanggungjawab pemain, mereka sudah tahu persediaan mahu beraksi di Kejohanan Dunia, setakat mahu beraksi di pusingan pertama dan kedua sahaja, saya rasa mereka tidak cukup 'lapar'.

"Kami turut membuat penilaian dari kejohanan ke kejohanan, saya kata kepada jurulatih, mereka perlu menilai pemain. Jika mereka ke sana mahu beraksi untuk pusingan kedua dan ketiga, saya rasa mereka perlu dinilai semula.

"Jika boleh dilihat, kami lakukan stratch pair bagi memilih gandingan terbaik ke Sukan Olimpik 2028," kongsinya.

Perbincangan scratch pair negara turut menjadi antara perkara yang dibincangkan bersama, demi misi mendapatkan emas sulung di temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

"Jika tanya saya, kami mahukan mereka menjadi juara. Tetapi tahap dia belum sampai lagi. Saya harap dia mampu berikan terbaik.

"Isteri saya selalu bertanya semasa saya bersara tidak pernah buka televisyen, sekarang Astro mungkin sudah tahu saya selalu buka televisyen. Setiap kejohanan saya perlu menilai pemain." tambahnya.
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video