Skip to main content

Bola Sepak

Piala Hyundai ASEAN: Eksklusif! Ini faktor Wan Kuzain tidak dapat bersama Harimau Malaya

d

Kem negara ketika ini dilanda krisis kecederaan menjelang ujian getir perlawanan separuh akhir pertama Piala Hyundai ASEAN 2026 berdepan Vietnam Ahad ini.

Jurulatih interim, Tan Cheng Hoe, terpaksa akur kehilangan tonggak tengah, Wan Kuzain Wan Kamal, selepas kehilangan khidmat Endrick Dos Santos,  Jimmy Raymond dan Engku Nur Shakir Engku Yacob susulan kecederaan sebelum ini.

Dalam temubual eksklusif bersama Zulhelmi Zainal Azam, Cheng Hoe menjelaskan keputusan itu dibuat susulan persetujuan awal kedua-dua pihak.

Jurulatih berusia 58 tahun itu turut berkongsikan perasaan selepas mencipta magis membawa skuad negara ke separuh akhir.

"Memang satu pencapaian baik walaupun dengan persiapan singkat, rata-rata pemain sedang di luar musim liga.  

"Saya rasa sebagai jurulatih saya berpuas hati dengan pencapaian itu, semestinya impian mana-mana jurulatih hingga sampai ke separuh akhir ini, kami mahukan kejayaan dalam pasukan.

"Wan Kuzain tidak bersama pasukan untuk berdepan Vietnam kerana komitmen dia bersama kelab di Amerika Syarikat.

"Kami berterima kasih kerana dia berikan sumbangan buat pasukan, dia juga teruja pertama kali bersama pasukan.

"Walaupun beberapa kali berada di bangku simpanan, dia pamer komitmen tinggi. Rata-rata pemain gembira dengan dia.

"Memang kita tahu Endrick, Jimmy tiada peluang selain Aliff Haikal juga tiada dalam pasukan, saya harap tiada pemain cedera lagi. Kami perlukan semua pemain bukan sahaja di laman sendiri tetapi di tempat lawan." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video