Skip to main content

E-Sukan

Kejohanan Dunia M7: Kemarau aksi Grand Final berterusan buat SRG

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Kejohanan Dunia M7: Kemarau aksi Grand Final berterusan buat SRG

Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang-Bang sekali lagi terus menjadi pentas yang sukar untuk dilupakan wakil negara.

Selepas Selangor Red Giants tidak terdaya mengakhiri kemarau penampilan Grand Final sejak 2019, lebih spesifik penantian selama 2,268 hari berterusan.

Advertisement

Sejak Kejohanan dunia M1, todak esports merupakan pasukan negara paling hampir ke grand final sebelum menamatkan cabaran di kedudukan ketiga terbaik enam tahun lalu.

Memulakan pertempuran di THe Land of Dawn dengan langkah kiri -- Lebih membingungkan, percaturan jurulatih Gergasi Merah, Arcadia yang menimbulkan persoalan -- apakah tindakannya makan diri selepas SRG tewas mudah dua game awal.

Kesimpulannya, draft pick Arcadia tidak menjadi dan lebih parah, Arcadia tidak melakukan respect ban terhadap Freya dan Liomot memberikan laluan mudah buat Alter Ego menempah slot Grand Final M7.

Tiga pemain Alter Ego terdiri daripada Yazukee, Alekk dan Arfy merupakan bakat yang digilap dari Liga Bawahan Moonton Development League (MDL) Indonesia.

Ternyata, taruhan bakat tempatan memberi pulangan berbaloi buat Alter Ego di kancah M7.

Dalam hanya satu musim, Alter Ego bermula dari peringkat bawahan sehingga kini muncul dua pasukan terbaik dunia.

Must Watch Video