Skip to main content

Memanah

Kejohanan Dunia 2025: Atlet memanah berkuda negara butirkan lima emas di China

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kuda

Malaysia mencipta kejayaan membanggakan dalam Global Horseback Archery Masters 2025 yang berlangsung di Hong Huashan Sports Centre, Shenzen City, China pada Disember lalu.

Pertandingan bertaraf antarabangsa yang dianjurkan oleh World Horseback Archery Federation ini menyaksikan penyertaan lebih 70 atlet dari pelbagai negara.

Advertisement

Delegasi junior Malaysia di bawah kepimpinan Muhamad Akmal Mohamad Dahalan berjaya meraih pelbagai kejayaan dalam format Hungarian, Serial dan acara berpasukan Masahi...

Hasil kegemilangan itu, tiga kali lagu Negaraku berkumandang di bumi China apabila Malaysia dinobatkan selaku juara pasukan Masahi junior, juara pasukan Masahi terbuka serta satu lagi emas dari penerima Anugerah Atlet Prestasi Terbaik yang digapai oleh Abu Bakr Muhamad Akmal dalam kategori Serial Format.

Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama negara, malah menjadi bukti sukan sunnah memanah berkuda mampu bersaing di peringkat dunia.

"Kejayaan ini bukan semata-mata saja, memang untuk semua rakyat Malaysia dan saya amat bangga. Saya juga mahu berterima kasih kepada semua jurulatih yang menolong saya untuk ini.

"2026 jika diizinkan saya cuba teruskan untuk mendidik bangsa, membina negara melalui sukan memanah berkuda dan mencapai banyak lagi kejayaan," kata pemenang tiga pingat emas Global Horseback Archery Masters 2025 - Abu Bakr bin Muhammad Akmal.

"Saya pilih sukan memanah berkuda ni kerana ia adalah sunnah dan disebut di dalam Al-Quran, yang kedua adalah kerana dia mampu membina banyak kekuatan, bagus dalam memberi banyak manfaat bagi kesihatan," jelas seorang lagi penyumbang dua pingat emas buat negara iaitu Muhammad bin Muhamad Akmal.

"Pengurusan kepada menteri baru KBS diharap dapat memberikan sokongan sepenuhnya kepada atlet negara kita yang banyak mengharumkan nama negara. Sekarang ini nama Malaysia meniti dari bibir ke bibir pemanah dunia kerana kehebatan pemanah muda yang mampu bersaing dengan mereka yang jauh lebih berpengalaman," kata Muhamad Akmal selaku Jurulatih pemanah berkuda Alam Warisan.


 

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video