Trio karate Pulau Pinang yang dibarisi Leow Kai Jie, Hor Jie Rhen dan Jay Yap muncul juara acara kata senior berpasukan lelaki 16 tahun dan ke atas Kejohanan Karate Terbuka Antarabangsa Milo 2026 selepas mengenepikan cabaran wakil TAR-UMT di pentas final dengan keputusan 5-0, hari ini.
Meskipun mula digandingkan sejak dua bulan lalu, wakil dari Pulau Mutiara itu tidak berdepan masalah untuk mempamerkan persembahan meyakinkan dengan aksi kemas dan bertenaga, sekali gus memikat hati juri.
Melengkapkan podium di kedudukan ketiga ialah Jordan yang diwakili oleh anggota karate polis.
"Adalah menjadi satu kebanggaan dapat menewaskan mereka.
"Mereka lawan yang kental di sebalik perlu melalui dua aksi final berturut-turut.
"Kami sememangnya yakin untuk menang berdasarkan kemampuan sendiri selain kualiti yang dimiliki wakil yang lain setelah diberi tunjuk ajar yang berkualiti oleh jurulatih kami.
"Persaingan dalam kalangan sepasukan sangat sengit dan kami sentiasa memberikan aksi terbaik," kata juara senior berpasukan, Kai Jie.