Selepas dikenakan sekatan oleh pengurusan sendiri dan kelab lawan, Penyokong Selangor yang dikenali sebagai Ultrasel akhirnya tampil bersuara.
Kali ini, nada mereka lebih tegas dan sedikit rasa terkilan namun tetap mempertahankan prinsip, penyokong Gergasi Merah tidak menafikan insiden yang terjadi di Terengganu pada 1 Februari lalu dan sedia bekerjasama dengan undang-undang.
Advertisement
Namun, mereka mempersoalkan mengapa hukuman larangan ke stadium dijatuhkan kepada satu pihak.
Mereka menegaskan bahawa tanggungjawab atas kesilapan telah diambil, tetapi hak sebagai penyokong tidak seharusnya dinafikan tanpa proses yang adil.
Selain itu, mereka menggesa pihak kelab dan pihak lawan untuk lebih matang tanpa mencipta prejudis baharu atau mengheret penyokong lain ke dalam naratif yang menyamaratakan dan menghukum secara melulu.
Ultras Selangor turut menyatakan bola sepak tampatan hanya boleh berkembang jika keadilan, hak & rasa hormat dijaga untuk semua pihak, dari pemain, kelab hingga ke penyokong.
Nampaknya, hubungan antara penyokong tegar dan pengurusan sedang berada di fasa yang cukup tegang.