Tanggal 28 Januari 2026 merupakan hari bersejarah bola sepak negara apabila pucuk kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meletakkan jawatan secara beramai-ramai disamping mengundang Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk melakukan penilaian tadbir urus.
Difahamkan, pihak AFC bakal melakukan penyiasatan menyeluruh dengan jangkaan selama tiga bulan sebelum mengemukakan cadangan pembaharuan dalaman atas nasihat konsultan dari luar negara.
Advertisement
Ini bermakna tenaga pakar daripada luar negara akan dikerahkan untuk membantu menyelesaikan kemelut yang dihadapi badan induk bola sepak negara itu ketika ini.
"'Semua pakar runding kami adalah orang luar, maknanya mereka mahir dalam bidang masing-masing. Perkara itu penting kerana kami perlu buat laporan bukan untuk memenuhi selera Malaysia.
"Kami perlu buat laporan di standard antarabangsa, bukan Malaysia. Kami ada pasukan untuk membantu, ulasan ini akan dilakukan oleh perunding yang dilantik oleh AFC.
"Struktur organisasi dalaman FAM sendiri, adalah moden, adakah jawatankuasa sekarang di FAM mencukupi atau terlalu banyak," kata Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John.
Sementara itu, AFC turut menyentuh aspek keperluan FAM untuk melakukan kongres pemilihan dalam masa terdekat susulan pengunduran exco secara beramai-ramai seperti tuntutan yang termaktub dalam statut FAM.
"Kami bersetuju bersama dengan FIFA, tidak perlu adakan kongres mengikut statut, kami boleh mengadakan kongres selepas laporan dan pembaharuan siap. Dibentangkan dalam kongres luar biasa, selepas kongres pembaharuan baru akan ada pemilihan.
"Ada dua kongres perlu diadakan, satun untuk terima pembaharuan, satu lagi untuk pemilihan." tambah kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.