Skip to main content

Sukan Lain

Menteri Belia dan Sukan ingin sparring dengan Cheah Liek Hou

Taufiq

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari, melawat studio Astro Arena pada Jumaat untuk sesi temu ramah eksklusif bersama Nadi Arena.

Selesai sesi temu ramah tersebut, dia sempat beramah mesra bersama warga Astro Arena dan juga menjawab soalan 'rapid fire' yang diajukan oleh pasukan New Media Astro Arena.

Advertisement

Salah satu soalan yang diajukan kepada beliau adalah jika boleh berlatih dengan mana-mana atlet Malaysia, siapa akan jadi pilihan?

Jawapannya? Cheah Liek Hou.

Jawapan yang tidak dijangka, tetapi mencukupi bagi menggambarkan apresiasinya terhadap individu yang bekerja keras dan konsisten mewangikan nama negara seperti Cheah Liek Hou.

Banyak lagi jawapan menarik yang diberikan dalam sesi rapid fire itu, pastikan anda nantikan di laman media sosial Astro Arena!

Must Watch Video