Pemain warisan Harimau Malaya, Gabriel Palmero, memberikan respon bersemangat selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membenarkan dirinya bersama tujuh pemain yang digantung sebelum ini kembali menyertai aktiviti bola sepak.
Menerusi laman Instagram, dia berkongsikan: "kami Kembali!" katanya seperti dilaporkan MakanBola.
Advertisement
Mereka antara tujuh pemain warisan termasuk Facundo Garces, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel yang terpalit dengan isu pemalsuan dokumen hingga mendorong Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenakan penggantungan 12 bulan ke atas mereka sejak 25 September lalu.
Terdahulu, susulan penggantungan itu, pemain berusia 23 tahun itu ditamatkan kontrak oleh kelab divisyen ketiga Sepanyol, CD Tenerife.
