Skip to main content

Bola Sepak

Jual beli pemain ibarat pilih kereta, ejen FIFA nafi tidak telus

aaa

Ejen Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Syed Qamarul Firdaus Firdaus Samat, berkata proses perpindahan pemain "ibarat proses jual beli kereta" apabila menafikan dakwaan kononnya ejen tidak telus dalam urusan berkenaan, sambil menyifatkan reputasi mereka menjadi taruhan dalam setiap rundingan.

Ia susulan pendedahan Pakar Perubatan Sukan Dr. Nik Haziman Wan Hamat, berhubung isu ujian kesihatan pemain Liga Malaysia (Liga-M) menerusi laporan Nadi Arena sebelum ini.

Syed Qamarul Firdaus berpendapat masih terdapat situasi dalam landskap bola sepak Malaysia di mana pemain ditandatangani terlebih dahulu sebelum dibawa ke negara ini bagi menjalani pemeriksaan perubatan.

Lantas, dia menegaskan ujian kesihatan pemain sebelum dimuktamadkan sesuatu perpindahan, adalah tanggungjawab kelab, bukannya ejen pemain.

"Apabila dibawa menjalani ujian (pemain bermasalah ini) lulus tapi kelab sebenar tak tengok jangka masa panjang.

"Bbagi pemain profesional yang sudah beraksi 10-15 tahu, mereka boleh sorok kecederaan terutama di lutut. Itu paling senang untuk tipu.

"Sebaik sahaja ditandatangi, kemudian mereka tidak boleh bermain, itu terpulang kepada kelab untuk korek rahsia pemain.

"Kadang-kadang kelab kena letak risiko kerana seseorang pemain baru pulih, ini semua ikut kepandaian kelab," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Abidin.

Namun, Syed Qamarul Firdaus tidak menafikan ejen juga berkepentingan memastikan proses perpindahan berjalan lancar kerana kredibiliti mereka bergantung kepada kepercayaan kelab dan pemain.

"Macam jual beli kereta, kelab sendiri kena siasat. Di peringkat liga utama Eropah masih buat kesilapan di Malaysia lebih terdedah.

"Biarnya ejen juga akan maklumkan sejarah kecederaan, kalau tidak nanti kelab hilang kepercayaan," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video