Skip to main content

Sukan Asia

Shafiq Hassan taruh harapan terpilih bawa cabaran The Speedy Tigers hadapi dua temasya utama

ll

Pertahanan The Speedy Tigers, Shafiq Hassan, yang sebelum ini terpaksa diketepikan 48 jam sebelum skuad hoki lelaki negara berlepas ke Afrika Selatan bagi aksi ujian di sana gara-gara kecederaan hamstring berharap mampu menambat hati barisan kejurulatihan negara.

Dan khidmat Shafiq di jentera pertahanan mahupun selaku pemain sayap ditagih ketika berada di bawah kendalian Arul Selvaraj, Sarjit Singh mahupun Brendon Carolan sejak lima tahun lalu.

Tonggak utama pasukan Maybank dalam Liga Hoki Malaysia (LHM) 2026 itu terpaksa akur apabila tempatnya diambil-alih pemain muda, sekali gus berdepan risiko terlepas kempen Piala Dunia bulan depan termasuk Sukan Asia Aichi-Nagoya di Jepun.

Carolan bakal menganalisa status kecergasan Shafiq buat kali terakhir sebelum membuat sebarang keputusan sama ada dia masih berada dalam perancangan atau sebaliknya apabila Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dijangka mengumumkan senarai akhir pada minggu hadapan.

"Saya dapat mendapat berita kecederaan ini dua hari sebelum kami bertolak dan saya diketepikan supaya masalah hamstring ini tidak mahu menjadi lebih serius.

"Oleh kerana tidak ke Afrika Selatan maka saya fokus kepada pemulihan di tanah air.

"Saya kini akan menyasarkan untuk terpilih ke Piala Dunia dan Sukan Asia," katanya di Nadi Arena. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video