Skip to main content

Bola Sepak

Lepas angkat trofi, Lamine Yamal terpaksa hadap kontroversi bersama teman wanita

g

Baru sahaja membantu Sepanyol menjulang Piala Dunia 2026, Lamine Yamal kini menjadi perhatian atas sebab yang langsung tidak ada kena mengena dengan prestasi atas padang iaitu mengenai hubungan bersama teman wanitanya. 

 Nama Ines Garcia Santos menajdi topik hangat perbualan di media sosial selepas memuat naik gambar Yamal semasa sambutan kejayaan menjadi juara dunia. 

 

 

 

Tapi disebalik gambar ini ada cerita lain yang timbul. Semuanya bermula apabila satu video ketika sambutan kejuaraan seperti menunjukkan yang Yamal tidak memberi reaksi atau perhatian yang sama terhadap Ines. 

 Seperti kebiasaan, netizen akan menilai semua detik atau momen dan buat spekulasi tersendiri berdasarkan situasi terebut. Klip berkenaan meraih lebih 17 juta tontonan dan mencetuskan dakwaan bahawa Yamal bersikap dingin. 

Kisah perhubungan mereka ini semakin menjadi perhatian umum selepas dilihat bercuti bersama di Greece pada April lalu walaupun Garcia mendakwa sudah saling mengenali lebih lama. Kisah percintaan lama Garcia turut dinaikkan semula oleh peminat yang menyatakan dia meninggalkan hubungan 5 tahun bersama teman lelaki sebelum ini untuk Yamal. 

 

 

 

 

Mungkin inilah harga menjadi bintang dunia pada usia yang begitu muda. Setiap gerakan Yamal kini bukan sahaja dianalisis di atas padang malah beberapa saat dalam kehidupan peribadinya juga mampu ditafsirkan menjadi sebuah kontroversi.  

 Jadi buat peminat bola sepak, jangan lah terlalu mengikutkan perasaan dengan apa yang mungkin dilihat dari beberapa saat rakaman di media sosial kerana disebalik jutaan pengikut ,mereka juga manusia biasa seperti kita semua yang mempunyai kehidupan peribadi. 

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video