Peserta Astro Kem Badminton (AKB) 2026 dikerah dalam senaman fizikal serta latihan “multi shuttle“ bagi menilai kualiti setiap pemain pada Hari ketiga di Arena Sukan Kuala Lumpur.
Sejumlah 37 pemain terdiri daripada 22 pemain lelaki dan 15 pemain perempuan menempuhi rejim latihan intensiti tinggi sambil dipantau enam jurulatih.
Peserta bukan hanya dinilai dalam aspek permainan semata-mata, malah terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi penilaian barisan kejurulatihan.
Kem latihan lima hari terpaksa diharungi sebelum lapan pemain terbaik bakal diumumkan, sekali gus berpeluang menikmati pengalaman berharga ke Sekolah Badminton Banthongyord, Thailand, hujung tahun ini.
"Pemain akan dinilai melalui ketekalan, ketahanan fizikal, sikap, disiplin, kemahiran dan taktikal.
"Bukan bermakna setelah mereka menjadi juara, mereka boleh terus pergi jauh," kata jurulatih AKB, Chan Chong Ming.
Menurut seorang lagi peserta, Uzair Hydar Zulkifly: "Saya berazam kembali menyertai AKB tahun, seterusnya layak ke Banthongyord peserta AKB."
"Kem ini memang memenatkan dan menuntut kelajuan kaki. Saya harap akan terpilih ke Banthongyord 2026," peserta AKB, Putree Nadhira Adliana Mohd Mizan Adli.
Tambah peserta AKB, Krysta Tang: "Latihan hari ini bertujuan untuk membina konsisten dan kepantasan.
"Saya berminat menyertai latihan di Banthongyord."