Kehangatan Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2026 terasa hingga di Kelantan!
Tular seorang pengguna media sosial Threads dikelilingi peminat kerana memiliki penampilan mirip seperti bintang La Roja, Lamine Yamal.
Ramai tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersamanya dalam satu program 'watch party' menyaksikan perlawanan akhir kejohanan berprestij itu di Kelantan.