Legenda England dan Liverpool, Kevin Keegan, jatuh hati kepada teh ais dan roti canai ketika sebulan kem latihan bersama Harimau Malaya.
Bekas ketua pasukan The Three Lions itu -- yang menghembuskan nafasnya pada usia 75 tahun, Isnin lalu, akibat barah -- pernah membantu skuad kebangsaan untuk persiapan kelayakan Sukan Olimpik dan Piala Merdeka pada 1984.
Dan bekas tonggak negara, Azlan Johar, beruntung kerana keakraban mereka sebagai 'rakan sepasukannya' biarpun dalam tempoh yang singkat.
Menurutnya, Keegan telah pergi ke biliknya -- asrama mereka di Hotel Federal - dan memintanya membawa mereka sekeluarga bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur.
Di sebalik reputasinya sebagai bintang bola sepak dunia ketika itu, Keegan tidak kekok apabila diajak untuk menikmati juadah Malaysia di benteng yang terletak di belakang Campbell Complex, Ibu Kota.
"Dia menggemari roti canai dan sering memesan teh ais.
"Sejak hari itu, dia sering mengajak saya pekena teh ais setiap hari. Dia benar-benar seronok dengan suasana dan pengalaman (ke sini)," katanya.
Kredit: Olahan artikel daripada The Star