Krisis kewarganegaraan dan kelayakan bermain hampir menemui noktah?
Mahkamah Utrecht di Belanda pada hari Isnin menolak cabaran undang-undang oleh NAC Breda yang cuba memaksa agar perlawanan ulangan diadakan menentang Go Ahead Eagles.
Advertisement
Ia, sekali gus menyaksikan keputusan kemenangan 6-0 Go Ahead Eagles kekal walaupun NAC mendakwa mereka menurunkan pemain tidak sah.
NAC tidak berpuas hati ekoran pertahanan Go Ahead Eagles, Dean James, sepatutnya tidak dibenarkan beraksi kerana telah kehilangan kewarganegaraan Belandanya selepas mengambil kerakyatan Indonesia untuk mewakili negara Asia itu dalam Kelayakan Piala Dunia sebelum ini.
Berdasarkan undang-undang tempatan Eredivisie, seseorang pemain kelahiran Belanda yang sudah mempunyai kewarganegaraan yang lain (meskipun berdarah warisan) akan kehilangan status selaku warganegara Belanda kerana mengikuti perlembagaan negara itu.
Jadi, pemain terbabit wajib memohon permit pekerjaan dan statusnya akan bertukar selaku tonggak import.
π¨NAC Breda loses court appeal in player eligibility case. Ruling says replaying the game would not be βin the interest of Dutch football as a wholeβ.
Dutch FA had warned 'paspoortgate' could mean 133 replays.
ππ₯ππ π§π’ π₯πππ on @TheAthleticFC. https://t.co/PmLFuH44dR https://t.co/2ibGzCgPKbβ Colin Millar (@Millar_Colin) May 4, 2026
Mahkamah Utrecht berpihak kepada Persatuan Bola Sepak Diraja Belanda (KNVB), yang enggan meluluskan ulangan walaupun badan induk itu mengakui bahawa James sepatutnya tidak layak secara teknikalnya kerana isu pasport.
Tetapi, KNVB mendapati kelab mahupun pemain itu tidak menyedari atau tidak sengaja pada masa itu bahawa terlupa syarat pertukaran kewarganegaraannya secara automatik akan membawa isu undang-undang.
"Pihak pengurusan pertandingan KNVB berhak memutuskan bahawa perlawanan itu tidak perlu diulang, walaupun pada hakikatnya salah seorang pemain tidak layak bermain," kata mahkamah dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa keputusan KNVB diambil dengan pertimbangan yang mencukupi dan munasabah terhadap semua kepentingan yang terlibat.
Keputusan itu menamatkan tempoh ketidakpastian yang ketara untuk bola sepak Belanda.
KNVB telah memberi amaran sekiranya keputusan memihak kepada NAC boleh mencetuskan pergolakan, yang berpotensi meletakkan lebih daripada 130 perlawanan di bawah penelitian undang-undang.
"Sudah tentu, tidak pernah menyenangkan untuk melihat isu ini di mahkamah terhadap salah satu kelab kita.
"Mahkamah memutuskan bahawa lembaga liga bertindak dengan tekun dan mengikut peraturan yang terpakai," kata KNVB.
"NAC Breda membangkitkan isu penting, yang kami mujur dapat selesaikan dengan cepat melalui banyak usaha bersama. Itu penting untuk masa kini dan untuk masa depan."