Skip to main content

Permotoran

F1: Messi datang rai Kimi Antonelli

Messi

Disebalik kemenangan bergaya yang dilakar oleh pemandu Mercedes, Kimi Antonelli, nampaknnya ada momen manis yang terlebih dahulu dirakamkan oleh pemandu itu sejurus sebelum perlumbaan Formula 1 Grand Prix (GP) Miami dimulakan.

Jentera itu terlebih dahulu diduduki oleh bintang bola sepak tersohor dunia, Lionel Messi, yang turut hadir bagi memberikan sokongan kepada pasukan itu.

Advertisement

Messi kelihatan memasuki ruang paddock pasukan itu sebelum mencuba untuk masuk ke ruang kokpit jentera Antonelli bagi merasai sendiri keadaan sebenar jentera Formula 1.

Apatah lagi tentunya momen indah itu terakam lebih awal yang kemudianya menyaksikan Antonelli merangkul gelaran juara pusingan perlumbaan buat kali ketiga berturut-turut musim ini.

Kehadiran Messi pada perlumbaan di Miami, Amerika Syarikat kali ini adalah di atas jemputan khas yang diutuskan oleh pasukan Mercedes AMG Petronas bersama isteri dan tiga anaknya.

Must Watch Video